Adab Makan Kurma Yang Kerap Dilupakan

Inilah yang dilakukan Nabi shallallahu ‘Alaihi Wasallam terhadap biji dari kurma yang beliau santap, beliau meletakkan biji kurma tersebut di punggung jari tangan beliau yang mulia:

ﺃﺗﻲ رسول الله صلى الله عليه وسلم ﺑﺘﻤﺮ ﻓﻜﺎﻥ ﻳﺄﻛﻠﻪ ﻭﻳﻠﻘﻲ اﻟﻨﻮﻯ ﺑﻴﻦ ﺇﺻﺒﻌﻴﻪ، ﻭﻳﺠﻤﻊ اﻟﺴﺒﺎﺑﺔ ﻭاﻟﻮﺳﻄﻰ

“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam (suatu saat) dihidangkan kurma, beliau memakannya dan meletakkan bijinya di antara dua buah jari beliau, (dengan cara) beliau merapatkan antara jari telunjuk dan jari tengah”. (HR: Muslim No.2042)

Dalam riwayat lainnya disebutkan:

كان رسول الله يأكل التَّمر ويضع النّوىٰ على ظهر أصبعيه ثمّ يرمي به

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menyantap kurma dan meletakkan bijinya di atas punggung kedua jari beliau, kemudian beliau membuangnya”. (HR: Ahmad No. 17675)

Imam Annawawi Rahimahullah berkata:

ولم يلقه فى إناء التمر لئلا يختلط بالتمر

“Nabi – Shallallahu ‘Alaihi Wasallam – tidak mencampakkan biji kurma itu di mangkok tempat kurma dihidangkan agar tidak bercampur dengan kurma yang masih ada” (Al-Minhaj Syarh Shahih Muslim 13/226)

Pesan moral dan Akhlak mulia yang dapat dipetik dari hadits ini di antaranya adalah:

  1. Jangan membuang sampah sembarangan
  2. Menjaga makanan agar tetap bersih, tidak tercampur dengan sampah dari sisa makanan
  3. Rendah hati Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam yang tidak merasa risih dengan menaruh biji kurma di jari tangan beliau, walhal beliau adalah manusia terpilih dan paling mulia, Shallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Wallahua’alam.